Rabu, 26 Jun 2013
Dunia Dalam Sebiji Telur

Suatu masa dahulu, ada seorang ulama Islam yang sangat terkenal dengan kesolehan dan kealimannya. Namanya Jaafar Sadiq. Beliau daripada keturunan Rasullah s.a.w. Pada suatu hari, seorang lelaki ateis iaitu menganut fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan telah bertanya seorang anak murid Jaafar Sadiq.


"Adakah Allah berkuasa?" tanya lelaki ateis.

"Ya, Allah maha berkuasa atas segala-galanya." jawab anak murid Jaafar.

"Bolehkah Allah memasukkan dunia ini di dalam sebiji telur, tanpa memecahkan telur?" lelaki ateis bertanya lagi.

Terpegun sebentar anak murid Jaafar Sadiq. Bagaimana hendak menjawab soalan dan tepat soalan tersebut. Sudah tentu lelaki itu akan meminta bukti-buktinya.


Oleh kerana tidak mahu lelaki ateis itu mempengaruhi orang ramai dengan kepercayaan karutnya, anak murid Jaafar Sadiq itu pergi menghadap gurunya.

"Wahai guru, seorang ateis bertanyakan kepadaku soalan yang tidak mampu ku jawab. ," adu si anak murid selepas meminta izin masuk bertemu.

"Apakah soalannya yang menyukarkanmu?"

"Bolehkah Allah memasukkan dunia ini ke dalam sebiji telur tanpa memecahkan telur itu?"

Jaafar Sadiq tersenyum. Dia menyuruh anak muridnya keluar berjalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah ini. Nanti di situ ada jawapannya. Anak murid itu pin merayau-rayau, pulanglah dia mendapatkan gurunya.

"Wahai guru, telah puas aku berjalan ke sana ke mari. Namun saya tidak bertemu dengan apa-apa jawapan pun. Malah tidak ada sesiapa yang datang kepadaku memberitahu sesuatu."

Dengan lembut, Jaafar Sadiq bertanya, "Apa yang engkau temui sepanjang bersiar-siar tadi?"

"Banyak.... aku temui orang ramai, melihat gunung ganang, binatang-binatang, pokok-pokok, bangunan-bangunan, rumah-rumah dan permandangan indah. Aku juga melihat kelompok anak-anak sedang bermain,"cerita si anak murid dengan jujur. "Baiklah, sebesar mana matamu? Adakah sebesar dunia ini?"

"Tidak, mataku kecil sahaja."

"Adakah ia pecah kerana melihat semua itu.?",tanya Jaafar Sadiq lagi. 

Si murid terpaku seketika mendengar pertanyaan guru nya yang agak aneh itu. Tetapi kemudian dia segera memahami maksud pertanyaan itu. Allah Yang Maha Berkuasa boleh membuat dua biji mata yang kecil melihat banyak benda yang jauh lebih besar daripadanya tanpa mencacatkan sedikit pun. Sudah tentulah Allah juga boleh memasukkan dunia ini ke dalam sebiji telur tanpa memecahkannya... Wallahu a'lam...

*ateis:orang yang tak percaya Tuhan


Allahu akbar! Berkias sahaja jawapannya tetapi mengkagumkan! 

Kuasa Allah ... tiada siapa yang tidak dapat tandingi. Kita manusia yang datang dari-Nya, pulang pun untuk-Nya. Tak usahlah menengking dan mencela ke langit; tanda marah Tuhan. Alahai bro, tak manislah begitu. Nikmat Allah bukan satu dua. Setakat boleh bernafas pun, bersyukur dan berterima kasihlah. Itu baru diturunkan Allah satu rahmat ke atas manusia di dunia. Lagi sembilan puluh sembilan taruk. 

"Di syurga itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dilihat, didengar, dan terlintas di hati manusia." Hebat, kan ? Relaks geng, jangan putus asa dengan rahmat Allah! Let's strive for Jannatun Na'im!
-kredit-



Siti Fatimah Firdaos on 3:32 PG