Isnin, 19 April 2010
ANA SUKA IKATAN PERSAHABATAN...................

"Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.


      WALAUPUN MEREKA HANYALAH KARTUN YG TIDAK ADA PERASAAN,TETAPI TIRULAH MEREKA YG TETAP BERSAMA WALAU SUKA & DUKA......................


Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.





Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.






Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.





Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?





Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?





Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.





Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.






Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.





Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.


Siti Fatimah Firdaos on 3:01 PG
1 comments



INDAHNYA PERGORBANAN.............

          Nak kesenangan yg hakiki kita kena la berkorban sket.Kesusahan yg kita alami ini ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya.Sayangnya kita tidak menyedari ia.Saya memahami manusia kerana sy juga seorang manusia yg tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan,tp adakah sy harus terus hanyut dalam dosa kesilapan itu???sudah tentu tidak......jd marilah kita bersama2 membersihkan diri kita dari dosa itu dgn taubat.Walaupun tidak kpd taubat nasuha tetapi cukuplah sekadar kita menginsafi dan menyesal sungguh2 dgn kesilapan yg telah kita lakukan.Allah itu MAHA PENGAMPUN,MAHA PENYAYANG,jadi apa yg perlu kita bimbangkan,yakinlah dgn ALLAH......NESCAYA HIDUP INIKAN LEBIH BERMAKNA & BAHAGIA............
             TAKBIR..........ALLAHU AKBAR.........
    
 P/S   skrg kita akn berpisah seketika coz sy kena menjalankan tanggungjawab sy sebagai seorg pelajar..........
  moga2 kita dpt bertemu lg dgn izin-NYA dlm keadaan sihat sejahtera.sama2lah kita menadah tgn berdoa tok kesejahteraan diri,keluarga,saudara kita yg lain serta agama dan negara..........AMIN YA ROBBAL ALAMIN. 


Siti Fatimah Firdaos on 2:17 PG
0 comments


Ahad, 18 April 2010
MASALAH

Setiap manusia mempunyai masalah masing-masing, samada masalah itu kecil atau besar. Yang pasti setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Dan cara kita menghadapi masalah itu jugak diambil kira. Cuba renungkan ayat dibawah nie;

 "Org yg bijak akn melihat masalah
sbagai jambatan yg menghubungkan
kpd kebaikan. Bila melihat masalah
sbagai masalah,akn kekal tenggelam
dlam kemiskinan dan msalah itu sendiri."


Siti Fatimah Firdaos on 11:22 PG
0 comments



KATA2 HIKMAH SAIDINA ALI

Tidak ada kebaikan ibadah yg tidak
ada ilmunya dan tidak ada
kebaikan ilmu yg tidak
difahami dan tidak ada
kebaikan bacaan kalau tidak
ada perhatian untuknya.


Siti Fatimah Firdaos on 11:17 PG
0 comments



MENJADI INSAN YANG MULIA

Bagaimanakah untuk mendapatkan insan yg berhati mulai & diredhai Allah S.W.T ????

Keredhaan Allah merupakan nikmat yg paling agung,yg hanya dimiliki oleh insan yg bertaqwa kepada-Nya.Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yg beribadah dan beramal soleh.Sedangkan amal soleh yg memperoleh keberkatan adalah amal soleh yg disertakan dgn ilmu.Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh Allah.

Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yg mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu org yg berilmu yg tidak menjaga kehormatan & orng yg bodoh yg kuat beribadah.Org yg bodoh itu menipu manusia dgn amalnya sedangkan org yg berilmu itu menipu manusia dgn kelalaiannya."

Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya sesuai dgn tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yg mulia.


Siti Fatimah Firdaos on 8:33 PG
0 comments