Jumaat, 16 Ogos 2013
Perpisahan Ramadhan

Sudah seminggu Ramadhan berlalu, baru post ni ditulis. Eheh. Terok kan? Semestinya. (_ _”) Ramadhan di sekolah seronok juga. Iftar jama’ie dalam kumpulan sekitar sepuluh atau sembilan macam tu. Makan tamar, nasi pon sodap belaka. Hari ni nasi ayam, besok nasi daging, lusa nasi tomato, tulat nasi minyak, tunggang-terbalik menu lain-lain pulak. Boleh dikatakan hampir setiap hari menu berbeza. Mungkin saya pon tak sedar di alam nyata, menu berubah setiap minggu. /mungkin sebab syok makan kott/

Tapii, tak boleh nak kata apalaaah, makan orang sediakan, minum orang sediakan, tempat tinggal orang sediakan, kalau tak mau ikut apa orang kata... memang nak kena. Ehemm. Ruang antara Maghrib dan Isya’ rehattt~ Nak bagi perut cerna makanan sehabis baik dulu. Solat tarawih lapan rakaat, solat witir tiga rakaat. Allahuakbar, sangat seronok sebab berjemaah. Tak rasa kebas kaki hatta lama takat manapun. Oooooooooooooooooooooooooo, bulat. Err.

"Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa." (QS Al-Baqarah: 183) 

Ramadhan ada banyak keistimewaan dan bulan yang sangat osem! Ke-osem-annya antaranya ialah adanya malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, Nuzul al-Quran, peristiwa perang Badar, dan lain-lain. Semua itu tidak ada dalam bulan-bulan yang lain, termasuklah tidak ada solat sunat tarawih secara berjemaah pada bulan-bulan yang lain. Osem, kan? ;D

Puasa merupakan proses untuk menjadi baik. Dengan berpuasa, kita kurang melakukan kejahatan. Percayalah! Apabila seseorang itu diminta bertaubat, dia tidak mampu,berkata lagi tidak mampu, dan tidak mampu.. kemudian berpuasalah, kerana di dalam berpuasa itu mampu mencegah kemungkaran.

Setelah pemergian Ramadhan, apakah kita sudah berubah? Nak tahu, kalau kita masih yang sama semasa Ramadhan, itulah diri kita yang sebenarnya. Syaitonirrajim tak ada untuk hasut kita. Kita cuma ada nafsu, sebahagian daripada diri kita juga. Nampak tak permainan dia di situ? Haa, kalau mung buek jahat juga, mung memey jahat. Nafsu ialah benda yang paling jahat nak diperangi sebab nafsu ni benda tak nampak. Nabi pun ada kata, sebesar-besar jihad ialah jihad melawan nafsu.
Jadi, meskipun kita sudah berpisah dengan Ramadhan Kareem, marilah kita "islah nafsah, wad'ukhairo." (memperbaiki diri dan menyampaikan kebaikan) Usahlah berlaku sum'ah (memperlihatkan amalan baik kita), biarlah ia mejadi rahsia kita. Kita sendiri tahu kita baik atau tidak. Kalau orang kata kita baik, belum tentu kita benar-benar baik. [^_^]/

Sehkian,
Penulis bersama,
IFFAHREZALI


iffahood on 11:36 PTG
0 comments



Hijrah atau Mahu Kalah?

Saya rindu sangat nak jumpa dengan kawan-kawan saya. Ahh, mereka ingat saya lagi tak? In sha Allah, ya! =] Terkenang pulak rasa macam bersekolah di sekolah rendah lagi. Sekolah rendah yang selalu buatkan saya gelak sorang-sorang! Wahaha. Dulu masa sekolah rendah, kemain diamnya. Sampaikan cikgu me’report’ kat ayah, “Iffah tu diam bebenor kat sekolah. Hamboiii, makannya sikit je. Minum air lima kupang. Tak membazir beli nasik.” Ewahh, memang iya. Tak makan nasi kat sekolah sangat /nak habaq mai punya berkira/, tapi kalau ada duit lebih, makanlah. Kehkeh. Tu pon kalau tuisyen. Erk.

Oh, rasa diri kecik kenit lagi. Hoho. Padahal dah besar panjang dah pon, dan perlulah terima hakikat tu, wahai Iffah. *tampar belakang berkali-kali* Setiap kali tulah saya akan kata kepada diri saya sendiri, engkau sudah mensia-siakan masa kau! Kenapa? Sebab setiap kali kau terkenangkan masa yang lepas, kau lupa memperbaiki diri di masa hadapan.

Gulp, berdas-das terkena kepala hotak. Memang pon, kita memang selalu lupa semua tu... tingkatkan diri setelah ingat masa lampau! Multiple yourself! Hoyeahh! /nasihat diri sendiri juga/ Seakan terlebih gula dalam kegembiraan tadi, bukan? .__. Kita jadikan masa lepas-lepas sebagai satu titik tolak untuk kita berubah. Turning point tak semestinya minggu depan, bulan depan, hatta tahun depan baru nak bergerak. Heyyy, sekarang pon buleh what?!

Tak nak kata perkataan hijrah, sebab asal orang kata hijrah, mesti kata... dia tu dah tak layan laki dah, dah pakai tudung labuh takat lutut dah, pakai jubah, pakai niqab, pakai celak bla bla bla. Wait a minute, sebenarnya apa maksud hijrah? Berubah kepada jahat kepada baik dan baik kepada lebih baik, isn’t? Kalau kawan tu yang dulu ni selamba badak pegang tangan laki bukan mahram dah tak pegang tangan laki, tulah hijrah. Dia yang dulu ni rambut mengerbang gaya hantu Kak Limah dah pakai hijab cantik molek, tulah hijrah. Ohhh, diriku cuma manusia biasa~

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS An-Nisa' : 100)
Persoalannya, kenapa kita nak kena tergedek-gedek perbaiki diri?
Ohoiii, kerana dirimu begitu berharga~ ;D

Sehkian,
Penulis bersama,
IFFAHREZALI


iffahood on 11:27 PTG
0 comments


Jumaat, 2 Ogos 2013
Akhlak Seorang Pendakwah






......PERINGATAN UMAT AKHIR ZAMAN.....



Nak jadi pendakwah,alhamdulillah..Teruskan..Tapi tolong jangan jadi daie yang TIADA ADAB.. 

Contoh : "Dah KEMARUK sangat lah tu nak tayang kat lelaki sampai pakai pun mcm BODOH je,cer tutup aurat sket..Perintah Allah,aku sepak apa tak dapat!!"

Nak sampaikan nasihat,subhanallah..Teruskan..Tapi tolong jangan sampai menggunakan kaedah PERLIAN,CACIAN,HINAAN,MAKIAN. -.-

Contoh : "Tolong jaga ikhtilat,MELUAT nengoknya! Mak ayah tak ajar ke!! Sosial betul!!" 

Rasulullah merupakan contoh terhebat DAN terbaik,baginda tak pernah menyakiti jasmani dan rohani orang lain ketika berdakwah meskipun baginda yang di sakiti..Jadi siapa kita nak berdakwah sampai hilang kawalan.Itulah bila perasaan 'lebih bagus' ada dalam hati..Memang kita tak boleh 100% mcm baginda..Tapi kita boleh berdakwah dengan IKHLAS, bukan dengan akal dan hati yang dibawah pengaruh hasad dengki,iri hati dan kebencian..Nasihat dari hati yang tulus akan meresapi hati yang di nasihati.. Wallahualam.. 

|| Kita suka judge orang tanpa tau hal sebenar . Ya Allah ,                                                                              jauhkanlah kami dari sifat sedemikian.. Aamiin.. Fi Hifzillah!  ||


Siti Fatimah Firdaos on 8:10 PTG
0 comments


Rabu, 26 Jun 2013
Dunia Dalam Sebiji Telur

Suatu masa dahulu, ada seorang ulama Islam yang sangat terkenal dengan kesolehan dan kealimannya. Namanya Jaafar Sadiq. Beliau daripada keturunan Rasullah s.a.w. Pada suatu hari, seorang lelaki ateis iaitu menganut fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan telah bertanya seorang anak murid Jaafar Sadiq.


"Adakah Allah berkuasa?" tanya lelaki ateis.

"Ya, Allah maha berkuasa atas segala-galanya." jawab anak murid Jaafar.

"Bolehkah Allah memasukkan dunia ini di dalam sebiji telur, tanpa memecahkan telur?" lelaki ateis bertanya lagi.

Terpegun sebentar anak murid Jaafar Sadiq. Bagaimana hendak menjawab soalan dan tepat soalan tersebut. Sudah tentu lelaki itu akan meminta bukti-buktinya.


Oleh kerana tidak mahu lelaki ateis itu mempengaruhi orang ramai dengan kepercayaan karutnya, anak murid Jaafar Sadiq itu pergi menghadap gurunya.

"Wahai guru, seorang ateis bertanyakan kepadaku soalan yang tidak mampu ku jawab. ," adu si anak murid selepas meminta izin masuk bertemu.

"Apakah soalannya yang menyukarkanmu?"

"Bolehkah Allah memasukkan dunia ini ke dalam sebiji telur tanpa memecahkan telur itu?"

Jaafar Sadiq tersenyum. Dia menyuruh anak muridnya keluar berjalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah ini. Nanti di situ ada jawapannya. Anak murid itu pin merayau-rayau, pulanglah dia mendapatkan gurunya.

"Wahai guru, telah puas aku berjalan ke sana ke mari. Namun saya tidak bertemu dengan apa-apa jawapan pun. Malah tidak ada sesiapa yang datang kepadaku memberitahu sesuatu."

Dengan lembut, Jaafar Sadiq bertanya, "Apa yang engkau temui sepanjang bersiar-siar tadi?"

"Banyak.... aku temui orang ramai, melihat gunung ganang, binatang-binatang, pokok-pokok, bangunan-bangunan, rumah-rumah dan permandangan indah. Aku juga melihat kelompok anak-anak sedang bermain,"cerita si anak murid dengan jujur. "Baiklah, sebesar mana matamu? Adakah sebesar dunia ini?"

"Tidak, mataku kecil sahaja."

"Adakah ia pecah kerana melihat semua itu.?",tanya Jaafar Sadiq lagi. 

Si murid terpaku seketika mendengar pertanyaan guru nya yang agak aneh itu. Tetapi kemudian dia segera memahami maksud pertanyaan itu. Allah Yang Maha Berkuasa boleh membuat dua biji mata yang kecil melihat banyak benda yang jauh lebih besar daripadanya tanpa mencacatkan sedikit pun. Sudah tentulah Allah juga boleh memasukkan dunia ini ke dalam sebiji telur tanpa memecahkannya... Wallahu a'lam...

*ateis:orang yang tak percaya Tuhan


Allahu akbar! Berkias sahaja jawapannya tetapi mengkagumkan! 

Kuasa Allah ... tiada siapa yang tidak dapat tandingi. Kita manusia yang datang dari-Nya, pulang pun untuk-Nya. Tak usahlah menengking dan mencela ke langit; tanda marah Tuhan. Alahai bro, tak manislah begitu. Nikmat Allah bukan satu dua. Setakat boleh bernafas pun, bersyukur dan berterima kasihlah. Itu baru diturunkan Allah satu rahmat ke atas manusia di dunia. Lagi sembilan puluh sembilan taruk. 

"Di syurga itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dilihat, didengar, dan terlintas di hati manusia." Hebat, kan ? Relaks geng, jangan putus asa dengan rahmat Allah! Let's strive for Jannatun Na'im!
-kredit-



Siti Fatimah Firdaos on 3:32 PG
0 comments


Rabu, 21 November 2012
Zikir Penenang Jiwa


Assalamualaikum….kepada semua pembaca-pembaca blogger….diharap kalian semuanya sihat2 sahaja disamping rahmat-Nya…. Erm,rasanya inilah posting pertama saya untuk tahun 2012 nie yang semakin hampir menutup tirainya selepas kian lama menyepi….

Jadi InsyaAllah…untuk muqadimah sempena Ma'al Hijrah kali ini…ingin saya kongsikan satu zikir yang mana sangat menyentuh hati saya….suka mengalun kannya bersama melodi yang mengamit jiwa…bila bangun pagi-pagi subuh…terdengar alunan –alunan zikir ini dari masjid2 yang berhampiran..Ya Allah…sayu nya hati….tenang rasa nya jiwa nie…

Zikir tersebut adalah:

حسبى ربي جل الله ما في قلبي غير الله نور محمد  صلى الله لا اله الا الله                             

Ertinya: Cukuplah bagiku….kemuliaan Allah…tiada di hatiku selain Allah…cahaya yang terpuji diselawatkan Allah…tiada Tuhan selain Allah….

Saya tahu…ramai yang mengetahui tentang zikir ini…jadi marilah sama-sama kita ringan2kan lisan ini untuk mengamalkan zikir ini…banyak manfaatnya…InsyaAlllah…
p/s:jangan lupa puasa 10 Muharram ya... :)


Siti Fatimah Firdaos on 4:44 PG
0 comments


Khamis, 15 September 2011
Jom Tutup Aurat dan Jaga Akhlak............

◕‿◕ "Kita kena ingat..CINTA bukan pada ‘couple’..
CINTA juga bukan pada ‘I love you’..
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’ ..
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata..
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan...
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH.."❤●•٠·˙


Siti Fatimah Firdaos on 7:36 PG
1 comments


Isnin, 19 April 2010
ANA SUKA IKATAN PERSAHABATAN...................

"Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.


      WALAUPUN MEREKA HANYALAH KARTUN YG TIDAK ADA PERASAAN,TETAPI TIRULAH MEREKA YG TETAP BERSAMA WALAU SUKA & DUKA......................


Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.





Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.






Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.





Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?





Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?





Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.





Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.






Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.





Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.


Siti Fatimah Firdaos on 3:01 PG
1 comments